Gua Thaur Jabal_Thawr

Fail:Cave of Thawr2.jpg

Gunung Thawr, Makkah juga sinonim dengan sebuah gua yang digelar Ghar al-Thawr (harfiah Gua Lembu jantan), di sinilah Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar menyorok atas perintah Allah daripada ancaman pembesar Bani Quraish, peristiwa ini berlaku ketika baginda sedang dalam perjalanan Hijrah ke Madinah. Inilah gua yang dimaksudkan dalam Hadis Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar di dalam gua.

Pintu timur Gua Thur atau Ghar al-Thawr tingginya 1.25 meter, manakala lebar pintu guanya adalah 3.5 m X 3.5 m. Gua tersebut memiliki 2 pintu iaitu disebelah barat dan sebelah timur. Pintu disebelah baratlah yang digunakan Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar untuk masuk. Pintu gua barat tingginya hanya 1 meter sekaligus lebih kecil dari pintu timur. Pintu timur hanya baru dikorek bagi membolehkan pelawat masuk dan melihat keadaan gua. Pendaki / pelawat yang berhasrat masuk ke gua thur harus mendaki sampai ke pintu gua, dakian memakan masa 1 jam setengah bergantung kepada kekuatan stamina.